JOHOR BAHRU: Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru yang ditangguh dan digantung sejak 18 Mac lepas akan diadakan pada 9 pagi, 27 Mei ini.
Perkara itu disahkan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Abdul Halim Suleiman, namun beliau berkata lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada caretaker UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
"Kita (UMNO Johor) diberikan tanggungjawab untuk menyelaras perkara itu, namun UMNO Bahagian Johor Bahru akan mengeluarkan notis dalam tempoh 14 hari," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Abdul Halim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau berkata proses pemilihan itu akan melibatkan kesemua jawatan di peringkat Bahagian termasuk Pengerusi Tetap, Ketua Bahagian dan Ketua Sayap.
Pada 18 Mac lepas, proses pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru dilaporkan ditangguh dan digantung selepas terdapat dakwaan kertas undi melebihi daripada jumlah perwakilan yang hadir.
Pada 1 April lepas, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilapor berkata proses pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru yang ditangguh dan digantung akan diambil alih oleh Badan Perhubungan UMNO negeri.
Sebelum ini, proses pemilihan UMNO dikendalikan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU).
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023
Lokasi Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru pada 27 Mei ini masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir (gambar kecil). - Gambar fail/Astro AWANI
Kenaikan 224 peratus cukai taksiran relevan - MPAJ
Kenaikan cukai taksiran dilihat sangat wajar jika dibandingkan dengan tempoh kali terakhir MPAJ menyediakan Senarai Nilaian Baharu pada 1997.
Niaga AWANI: Apakah prestasi ekonomi suku pertama?
Ekonomi suku pertama akan diumum minggu ini. Apakah jangkaan semasa berdasarkan perkembangan antarabangsa dan tempatan? Bagaimana pengeluaran akaun tiga kwsp memainkan peranan dan adakah rasionalisasi subsidi akan beri impak besar?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Bangunan runtuh: Selepas seminggu, 36 mangsa masih terperangkap
Bangunan bertingkat berkenaan sedang dalam pembinaan, lalu runtuh dalam satu kejadian yang berlaku pada Isnin lalu.
AWANI Ringkas: PM sertai forum ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Azib Zikry & Nursyazwani Saiful Sham;
Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Makkah - Mohd Na'im
Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Makkah - Mohd Na'im
Rumah Panjang Nanga Engkuah dipilih Kampung Angkat MADANI KKR
Rumah Panjang Nanga Engkuah di Ulu Katibas, Song melakar sejarah tersendiri apabila terpilih menjadi Kampung Angkat MADANI pertama di negeri Sarawak.
Madinah jadi saksi pertemuan bermakna ibu bapa dan anak
Ibu bapa mana tidak bahagia anak kesayangan sambut kehadiran, bimbing ziarah luar di bumi barakah, Madinah.
'Tiada lagi tempat selamat di Gaza' - UNRWA
Sejak perang bermula Oktober tahun lalu, kebanyakan penduduk Gaza dipaksa berpindah secara kerap.
Kepulan asap selubungi Gaza di sebalik kemaraan Zionis
Kenderaan tentera, kereta kebal dan pesawat juga boleh dilihat bergerak dan berusaha meneruskan perjalanan merentasi debu tebal.
THSS: Semua peserta terselamat, Ayda Jebat ungguli minggu pertama
Kreativiti dan kesungguhan peserta The Hardest Singing Show (THSS), Ayda Jebat untuk minggu pertama membuahkan hasil apabila dia diumumkan sebagai juara mingguan untuk program tersebut.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.
Felda mahu FGV diurus sebaiknya bukan dipolitikkan - Shahrir
Pelantikan Pengerusi FGV yang baharu Datuk Azhar Abdul Hamid sememangnya tepat memandangkan latar belakang tokoh itu sebelum ini dalam perniagaan industri sawit.